Penggunaan di Internet Kongkek

Perkataan 'kongkek' digunakan dengan meluas dalam tajuk-tajuk cerpen berbahasa Melayu serta video lucah di Internet dengan jumlah hasil carian Google sebanyak 309,000 pautan setakat 13 Februari 2011.[1] 'Kongkek' mula sampai ke Internet pada 28 Disember 1998 dalam sebuah tulisan berkaitan politik dihoskan oleh Angelfire.[2] Pada 27 Mac 1999 pula, cerpen lucah berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan 'kongkek' telah dimuat naik dan dihoskan oleh Tripod.com.[3] Perkataan 'kongkek' muncul sebanyak empat kali dalam cerpen tersebut.